Friday 19 August 2016

Betul ke emas ni ada susut nilai (Spread)??



Persoalan tentang susut nilai (Spread). Betul ke emas ni ada susut nilai? bukankah emas ni sudah ada nilai pada dirinya sendiri? macam mana bila kita beli sahaja emas secara tidak langsung harga akan disusut nilai.
OK macam ni, saya akan terangkan bagi memudahkan anda memahaminya. Pertama sekali, emas ni sentiasa bernilai, kita bawaklah kemana - kemana sekali pun emas tetap bernilai. Jadi persoalan disini kenapa emas ni disust nilaikan? sebenarnya susut nilai barang emas ini disebabkan pasaran emas, apabila permintaan tinggi secara tidak langsung harga emas akan melonjak naik tinggi, jika harga emas kurang permintaan jadi harga emas akan turun. Penurunan permintaan emas bukan lah bermakna nilai emas semakin jatuh, tidak. emas sudah ada nilainya sendiri (intrincit value). tetapi pasaran yg menjadikan emas ni naik turun untuk memudahkan penjual - penjual emas dapat keuntungan disamping itu dapat cover segala kos, seperti cost overhead, transportation cost, logistic cost dan sebagainya. 

Cara nak atasi masalah susut nilai??
- Jangka masa Panjang
Kena faham balik concept Emas, emas ni long term saving, memang ambik masa untuk untung untuk cover dahulu susut nilai untuk mendapatkan keuntungan emas. kebiasaannya ambik 13 - 15 years untuk doublekan keuntungan. Record statistic telah menunjukkan keuntungan emas telah mencapai 500% daripada tahun 2000 hingga 2012. Dengan kenaikan harga emas sebanyak 500% telah menyesaikan masalah susut nilai, sebeb sudah balik untung.  Emas ni kita blh anggap sebagai EPF kita. Kita keep in saving every month.. sampai tempoh 20 ke 30 tahun simpan sebagai contoh, kemudian kita jual semua emas - emas kita untuk dptkan keuntungan balik. Bagusnya emas ni duit kita selamat dan tidak hilang. kalau kita simpan dekat bank selama 20 ke 30 tahun.. nilai duit kita makin jatuh. contoh, rm10K tahun ni blm tentu sama nilainya selepas 20 tahun, rm10K mungkin nilainya akan jadi rm5K shj, tp bila kita tukar emas, nilai emas akan terus naik dan naik,  duit kita drpd rm10K tahun ni, mungkin slps 20 tahun naik menjadi rm30K. kan bagus tuh simpan emas. 

- Jangka masa pendek
Cara nak mengatasi masalah susut nilai dalam masa yang singkat ni tidak susah pun. kita beli dengan harga ahli, kemudian kita jual dekat public ataupun org luar dengan harga semasa. Jadi dari situ kita akan mendapat untung runcit rm20/gram. Kerugian susut nilai emas dapat dihilangkan. 

kalau nak jual emas pada syarikat memang kena ikut harga beli balik, terpaksa emas disusut nilaikan.
Setakat ini power gold antara susut nilai yg terendah dengan susut nilainya 6% - 7% untuk emas gold bar, dinar dan syling emas (emas 999) berbanding syarikat emas yg lain.

Jom simpan emas bermula dengan menyimpan 1 gram 1 bulan.

Whatsapp dengan segera 013-6614780 (Stokis Power Gold, Iskandar)

simpananterbaikadalahemas, emaspowergold, emas999, susutnilaiemas, saudagarkayaemasenterprise, teamsaudagarbiz, spread


Monday 8 August 2016

Jom ajar anak menabung cara baru




Bak kata Pepatah "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya" jadi disini nak ajar anak kita berjimat berbelanja dan tidak boros perlulah diajar dari kecik lagi. Kisah 2 orang adik beradik ni kecik - kecik lagi (Kak Mawaddah dan Marwan) sudah diajar oleh ibu dan ayahnya menabung dan kini mereka sudah mula berlumba2 menabung duit siapa yang paling banyak untuk ditukarkan kepada emas.

Kaedah tabungan berkesan untuk anak - anak :
1) Adakan tabungan daripada duit belanja sekolah
kakak sudah 7 tahun (darjah 2) sudah mendapat duit belanja sekolah. Daripada sumber duit belanja sekolah itu akan dibahagi - bahagikan untuk belanja harian dan adakan sedikit tabungan,. walaupun tak banyak tabungan sehari tapi sudah cukup memadai. 

2) tabungan daripada duit raya. 
Yang si adik itu baru 4 tahun, hanya sekolah taska, tabungan dia banyak daripada hasil kutupan duit raya tahunan. 

3) tabungan hasil daripada jualan kecil - kecilan
Dalam masa yang sama kakak ni juga ada buat side income kecil - kecilan dengan menjual sticker dan cincin, gelang khas buat kanak - kanak dekat sekolah dia. Sangat menarik dan cantik. Bila kakak jual sudah laku, adik pun nak ikut jual sekali. Si adik pun promotelah dekat kawan - kawan sekolah taska dia. Dari hasil jualan kakak dan adik bertambahlah tabungan mereka.

Berniaga ini bukanlah idea daripada mak ayah mereka yang suruh mereka berniaga, akan tetapi adalah daripada keinginan mereka sendiri ingin berniaga. Pada awalnya blur lah juga kepala mak ayah mereka samaada nak halang berniaga atau teruskan. Akhirnya mak ayah mereka bertekat untuk menyokong dan bantu perniagaan mereka. Alhamdulillah, walaupun kakak dan adik masih kecil lagi tetapi pemikiran mereka mula matang sedikit demi, dan memahami bukan mudah untuk mendapatkan duit.







dariapada tabungan duit yang banyak kita tukar kepada emas. Ins sya Allah kewangan anak - anak kita akan menjadi lebih kukuh dan selamat. Mereka juga akan mudah belajar cara berdikari dan tidak menjadi orang boros. Kepenatan mengumpul emas akan menjadi sesuatu kepuasan apabila emas yang terkumpul sudah semakin banyak dan nilai emas dari semasa ke semasa semakin naik dan naik. 

JOM MENYIMPAN EMAS, AJARI ANAK ANDA MENYIMPAN EMAS.

berminat sila whatsapp ke 013-6614780 (Stokis power gold, Iskandar)

#simpananterbaikadalahemas #powergold #1bulan1gram1keluarga #saudagarkayaemasenterprise #teamsaudagarbiz #ajaranakmenyimpandarikecil

Wednesday 3 August 2016

Kenapa melabur dalam emas yang terbaik ye??


Ada yang tanya saya knp perlu melabur dalam emas fisikal tidak melabur dalam mana -  mana company yang shariah complient?? Ok.. mcm ni.. terpulang pada masing2 nak melabur duit dkt mana2 yg patuh syariah, cuma pastikan berhati2.. skg ni banyak sgt skim2 ni kata je patuh shariah last2 bawak lari duit kita berjuta2, lesap macam itu je dan orang melayu kita sifat dia senang sahaja, kita redho je lah nak buat macam mana kan, perkara dah berlaku. Mintak sangat - sangat, belajar dari kesilapan orang lain, jangan masuk dilobang yang sama kali kedua. Kalau betul nak invest, laburkan duit dkt unit trust, asb, tabung haji dan kalau nak pelaburan lagi menguntungkan belajar main saham sendiri lagi tinggi untung dia..

cuma saya kongsikan beberapa perkara, kan kita nak laburkan duit kita.. contoh kita laburkan duit kita ke asb.. setiap tahun average keuntungan dividen yg akan kita akan dpt 8% - 9%.. contoh kalau kita invest RM100k, mungkin kita akan dapat RM9k yearly.. memang bagus banyak kita akan dapat. Seronok bila duit masuk dalam akaun kita tapi kena ingat negara kita ada inflasi, tahun ni sahaja negara kita sudah mengalami kenaikan inflasi sebanyak 4% setahun.. inflasi ni berlaku disebabkan harga barang keep in continue naik dan naik, sedangkan gaji kita ditahap level yg sama.. secara tidak sedar sebenarnya duit kita ini semakin jatuh dan kemampuan untuk membeli brg semakin berkurang. Walaupun kita nampak actual kita dapat 8% - 9% tapi semua tuh angka sahaja, value duit kita makin jatuh. Sebenarnya kita akan gain keuntungan dlm 4% je setiap tahun sahaja selepas ditolak dengan inflasi. Ini kalau citer pasal labur duit dekat ASB. 
kenapa saya sarankan invest dalam emas fisikal?? sebabkan emas ni tidak tidak dimamah inflasi. Walau tinggi macam mana sekali pun inflasi tidak menjejaskan sedikit pun value emas malah emas semakin lama semakin kukuh disebabkan kejatuhan nilai duit kita. Value emas dan value duit dunia (USD) adalah negatif relationship, maksudnya dekat sini kalau duit USD jatuh, harga emas akan naik akan naik, tapi kalau harga duit Malaysia jatuh walaupun harga USD kukuh, harga emas tetap akan naik lagi tinggi kerana harga emas based on Dollar USD. Jadinya apabila kita tukar duit kita kepada emas, duit kita yang kita kumpul selama ini sentiasa terjamin selamat dan tidak akan hilang disebabkan susut nilai matawang kita. 

*Matematik Emas Vs Matematik Duit*

1999 = RM1 juta ↭ 25 kilo emas
2010 = RM1 juta ↭ 7 kilo emas
2015 = RM1 juta ↭ 6 kilo emas

*_Bandingkan_*

1999 = 25 kilo emas ↭ RM1 juta
2010 = 25 kilo emas ↭ RM3.5 juta
2015 = 25 kilo emas ↭ RM4.2 juta

Kali ini kita tengok bagaimana pulangan keuntungan emas selama 10 tahun. anggaran keuntungan sehingga 500%, perkara ini tidak mustahil akan naik lebih kurang sama tinggi percentage pulangan dia pada 10 - 15 tahun akan datang. Apa yang para economies kaji, harga emas bakal naik sehingga RM501/gram pada tahun 2020. Mungkin boleh jadi harga emas akan naik setinggi ini dan mungkin tidak jadi, ini hanya ramalan. Cuma apa yang pasti adalah harga emas akan terus naik lebih tinggi dariapda sebelum nya.   




Kepada anda yang berminat membeli emas atau berminat menjadi ahli power gold, agent mahupun stokis, boleh whatsapp ke 013-6614780 (Stokis Power gold, Iskandar)



simpananterbaikadalahemas, emas999, emaspower gold, saudagar kaya emas enterprise, emas tulin, pelaburan terbaik, jutawanemas, kaya kaya, ekonomi malaysia, inflasi

Wednesday 20 July 2016

Kenaikan harga emas menjejaskan jualan emas runcit


Harga emas Amerika semakin menaik selepas uk keluar drpd eropah (brexit) kesan dia jualan emas sewaktu hari raya baru2 ni merudum. Tambahan pula, Pengarah Eksekutif Poh Kong Holding Berhad berkata pasaran runcit telah pun mengalami kelembapan selepas diperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada tahun lepas lagi, memang tidak boleh dipersalahkan 100% daripada Brexit.

walau teruk macam mana sekali pun jualan emas tidak perlu kita takut khas buat pelabur - pelabur emas fisikal mahupun peniaga - peniaga emas disebabkan trend sekarang ini menunjukkan trend yang semakin menaik (bullish) harga emas akan terus naik dari masa ke masa.

Walau tinggi macam mana sekali pun harga emas.. buat pengguna yang ada duit lebih kita beli sahaja emas kerana emas sahaja logam yang paling berharga didunia.. duit kita ni bila2 je blh musnah memandangkan mereka puak2 economist barat sudah mula menciptakan new era digital money (bit coin) yg terbaru. Bagi yang ingin tahu lebih lanjut tentang bit coin boleh tengok di you tube. Penerangan yang terperinci diceritakan tentang bit coint. Kita tidak ada pilihan lain melainkan menyimpan emas sahaja lah yg terbaik..

kepada yang berminat membeli emas sila whatsapp ke 013-6614780 (Stokis Power Gold, Suria Iskandar)

sumber; http://peraktoday.com.my/2016/07/kenaikan-harga-emas-gugat-jualan-tukang-emas/

Wednesday 13 July 2016

JOM KEMPEN SIMPAN EMAS


Musim memburu emas tak pernah berakhir. Setiap hari, ramai orang tukar duit jadi emas, tak pernah surut.
.
*Emas adalah simbol kekayaan* yang kian diminati.
.
*Tahukah Anda,* sebenarnya emas tak pernah membuat orang menjadi kaya. Apalagi makin kaya. Tapi, emas membuat kita TETAP kaya.
.
Bagaimana?
.
Di bawah adalah *#FAKTA* yang saya kongsikan:
.
✅#1 "Nilai emas tak sama dengan wang. Setiap tahun, wang fiat dimakan inflasi. Sedangkan emas tak akan terjejas. Nilainya akan tetap sama."
.
✅#2 Semakin orang panik terhadap ketidakpastian ekonomi, maka harga emas akan SEMAKIN MELAMBUNG. Kerana itu, emas sangat sesuai sebagai pelindung nilai kekayaan.
.
✅#3 Purata kenaikan harga emas sekitar 20% per tahun. Apabila harga emas naik, nilai mata wang ringgit dari tahun ke tahun akan terus menyusut.
.
Sebagai ilustrasi, tika ini dengan 42.5 gram emas (10Dinar), Anda boleh pergi umrah. Akan datang walaupun emas makin tinggi nilainya, tapi untuk pergi umrah tetap dengan kos 10Dinar (42.5gram).
.
*Untungkan‼*
.
Inilah yang dipegang oleh orang yang mempercayai emas.
"Aset emas ini merupakan simbol kepada pemiliknya yang senantiasa mempunyai wang. Mereka merasa kaya dan lebih aman"
.
Sejak akhir ini emas merupakan instrumen sebagai pelindung wang kpd pemiliknya dengan kata lain "EMAS adalah INSURANS kepada wang kertas."
.
Nak tahu cara simpan emas paling senang?
.
Tak perlu modal besar pun untuk simpan emas. Macam mana?

Whatsapp ke 013-6614780 Stokis Emas Power Gold ( Iskandar)

Saya sedia bantu sampai dapat miliki emas. *_Cepat sebelum duit susut dimakan inflasi!_*

simpananterbaikadalahemas, 1gram1bulan1keluarga, powergold, saudagarkayaemasenterprise, teamsaudagarbiz, jomkempensimpanemas,

Monday 11 July 2016

Kenapa ramai orang suka sangat beli emas ni ye??






✨✨✨Kenapa Kena Beli Emas?✨✨

❗Ya kenapa kena beli emas dan bukannya hartanah? Soalan ni sebenarnya mudah bila kita tahu kenapa sebabnya.

🌷Sebab yang pertama, hari ini bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar🌆 seperti KL, agak-agak berapa harga sebidang tanah? Biasanya kat KL ni dah tak main sebidang-sebidang lagi dah tapi main sekaki-sekaki dan harga sekaki mencecah sehingga ribuan ringgit💰💰 lebih-lebih lagi di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur.
❗Lepas tu, boleh ke kita main beli sekaki-sekaki? Bulan ni ada extra duit gaji, kita beli sekaki. Bulan depan dapat gaji lagi kita beli lagi sekaki?

🌀Dengan emas ni sebenarnya kita boleh beli sikit-sikit.

😀😀Ini juga menjawab persoalan kalau ada orang kata... " tak nak beli emas la. Emas mahal. Makcik mana ada duit “Ya Makcik…, termasuklah kakak-kakak, abang-abang, adik-adik kat luar sana. Emas memang mahal. Mahal kalau kita beli sekilo terus. Sekilo dah cecah ratusan ribu. Jadi kita beli sikit-sikit dulu. Boleh beli 10g dulu. Tak mampu 10g beli 5gram..tak mampu jugak 5g..cukup sekadar permulaan dengan 1gram... Insyaallah...👏👏😄😄

☑'Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga📈 tersebut'

☑Lagi satu kenapa kita kena simpan emas sebabny
a emas kalau disimpan dalam jangka masa panjang, nilainya semakin meningkat.📈📈

✨✨1 gram 1 bulan 1 keluarga 1 kekayaan✨✨

Kempen Simpan Emas Demi Masa Depan anda Sekeluarga👪👪👪👬👭

Kepada yg berminat sila whatsapp ke 013 - 6614780 (Stokis Power gold, Iskandar)

Simpananterbaikadalahemas, powergold, 1bulan1gram1keluarga, saudagarkayaemasenterprise, pentingsimpanemas

Perbezaan nilai emas dan duit dari tahun 2000


Perbezaan nilai duit dan nilai emas dari tahun 2000.. tahu tak knp duit kita nilai makin jatuh dan kemampuan untuk membeli nasi lemak pun makin kurang.. ini semua disebabkan inflasi negara.. makin tinggi inflasi makin tinggi harga semasa pasaran.. harga nasi lemak makin tinggi.. duit kita tidak mampu untuk menstabilkan harga barang..

kalau emas nilainya meningkat dr tahun 2000 dan akan terus naik dijangkakan naik sehingga rm500/gram pda tahun 2020. Emas mampu menstabilkan balik harga pasaran..

Kepada yg berminat sila whatsapp ke 013-6614780 (Stokis Emas Power Gold Shah Alam, Iskandar)
simpananterbaikadalahemas, emas power gold, 1bulan1gram1keluarga, saudagarkayaemasenterprise, inflasi

Duit raya dah banyak ni kalau tidak simpan elok - elok mahu hangus!!



Hai Assalamualaikum semua, masih tidak terlambat lagi bagi saya untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN buat anda semua. Semoga semua amalan kita di bulan Ramdhan diterima oleh Allah. 

Hari ini sudah masuk hari ke enam kita berhari raya. Ramai yang dah mula start bekerja dan tidak dilupakan yang masih belajar pun dah mula start sesi pembelajaran. Kepada yang sedang menduduki paper akhir degree saya ucapkan semoga maju jaya, buat yang terbaik dan good luck.


Raya dah berlalu pasti banyak duit raya yang korang dah kumpul kan. Terutama pada adik - adik atau anak -  anak, mesti seronok kumpul duit raya kan. Pernah tak terpikir macam mana nak kekalkan simpanan duit raya kita secara berterusan tanpa suka berbelanja. Caranya adalah dengan tukar duit raya kepada emas. 

Banyak kelebihan apabila duit raya bertukar kepada emas; 
1⃣. Duit raya tidak habis.
2⃣. Duit raya kekal lama dalam bentuk aset.
3⃣. Korang dapat memiliki aset dalam usia muda.
4⃣.  membantu mendisiplinkan simpan dengan betul.
5⃣. korang tidak akan mudah untuk memboros dan menghargai apa saja pemberian orang lain.
6⃣. Pendededahkan dengan ilmu kewangan tanpa sedar bermula dari usia yang sangat muda.

7⃣. Korang akan mempunyai "insuran" pelbagai guna milik mereka sendiri iaitu emas.
8⃣. Pelbagai impian korang boleh tercapai jika anda menyimpan emas dariapda sekarang seperti memiliki rumah, kereta, pendidikan, perniagaan dan lain - lain lagi, Dan banyak lagi kelebihan yang boleh kita fikir sendiri dengan mudah.

Jom tukar semua atau sebahagian besar duit raya anak kepada emas. pastikan emas yang anda miliki itu adalah emas fizikal bukan pelaburan emas. Jangan tersilap langkah kerana ia akan membawa padah. Saya Stokis Emas Power gold daripada Shah alam, jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut tentang emas boleh whatsapp ke 013-6614780

simpananterbaikadalahemas, emas999, emas power gold, saudagar kaya emas enterprise, emas tulin, duit raya, kumpul duit raya, kelebihan tukar duit raya kepada emas, selamat hari raya maaf zahir batin,  



Friday 8 July 2016

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN


SELAMAT HARI RAYA SEMUA.. buat rakan2, saudara - mara dan followers di insta ini yg mengenali diri saya.. Saya memohon Maaf atas segala kesalahan yg telah ku lakukan sama ada sedar atau tidak sedar.. semoga pagi kita dimulakan dengan hati yg tenang dan jiwa yang bersih.. 

-Saudagar kaya emas-

Tuesday 28 June 2016

Permintaan emas semakin hangat selepas berlakunya Brexit



Hai.. assalamualaikum semua.. semoga anda terus berada dalam keadaan sihat walafiat.. korang pernah dengarkan pasal brexit iaitu Negara UK keluar daripada Europe Union (EU). Korang tahu tak selepas berlakunya kejadian Brexit tuh.. bertambah ramai membeli emas.. nak tahu kenapa??

sebabnya duit kertas mereka dah makin tidak laku dan nilainya semakin jatuh. Itulah kelemahan duit kertas dan duit syling ini (duit fiat), tidak kukuh langsung lebih - lebih lagi apabila berlakunya kacau - bilau dalam system politik. fiat money ini sentiasa dipengaruhi dengan permintaan dan penawaran terhadap sesuatu mata wang. jika makin tinggi permintaan matawang sesebuah negara, maka makin kukuh nilai matawangnya, jika kurang permintaan matawang sesebuah negara, maka makin jatuh nilai matawangnya.

Adakah benda ni akan terkesan pada negara kita (Malaysia)?? ye memang akan terkesan pada negara kita. Negara Malaysia adalah satu - satunya negara yang banyak bergantung pada pendapatan export (luar negara). Apabila nilai duit mereka (Pound) jatuh, mereka tidak mampu lagi untuk membeli barang - barang export kita menyebabkan hasil pendapatan negara kita terjatuh teruk. Kesannya permintaan terhadap nilai wang ringgit kita pun akan berkurang disebabkan tidak sesiapa yang ingin membeli barang kita dari luar dan duit kita akan mula jatuh sedikit demi sedikit dan duit kita akan menjadi semakin lemah dan lemah.

Mereka yang celik seperti negara Cina dan negara India makin kerap membeli emas. tengok dalam gambar itu sanggup beratur panjang - panjang untuk membeli emas. Kita ada macam tuh?? tidak berlaku kan, ini semua disebabkan ilmu kita tentang emas masih lagi lemah. kita masih lagi bergantung kepada duit kertas yang selalu kita pakai. Saya tidak mengatakan yang duit fiat yang kita pakai ni tidak bagus secara keseluruhannya memandangkan duit fiat adalah satu - satunya duit yang sudah menjadi pertukaran barang yang yang sah bagi sesebuah negara. Bagi saya jika anda ingin menyimpan atau ingin membuat pelaburan, beli lah emas fisikal sebab ini lah satu - satunya cara untuk menyelamatkan duit kita daripada hilang di makan oleh kejatuhan nilai duit fiat.

Jom kita tambahkan simpanan emas, kalau korang berminat blh whatsapp ke 013-6614780 (Stokis Is)

simpananterbaikadalahemas, emas999, emas tulin, powergold, emas power gold, 1bulan1gram1keluarga, jual beli emas, brexit, UK keluar daripada EU, ekonomi negara, kejatuhan nilai matawang negara, ekonomi malaysia, saudagar kaya emas enterprise, 

Monday 27 June 2016

UK KELUAR DARI EU: APA KESAN KEPADA KITA?



Ada yang bertanya apa kesan keputusan referendum UK keluar dari EU. Komen-komen rasmi sudah tentu dikeluarkan oleh Najib Razak dan menteri-menteri seperti ekonomi kita kukuh, tidak terjejas dan lain-lain. Saya tidak perlu komen yang itu.
Saya senaraikan kesan dan risiko keputusan UK keluar dari EU yang mungkin tidak diulas di media perdana:

RISIKO EKONOMI GLOBAL GAWAT
1) Pound sterling dan pasaran saham London merudum dan menunjukkan prestasi terburuk dalam 4 dekad. London adalah pusat kewangan dunia dan ada pengaruh besar kepada pasaran saham lain.

2) Pada masa yang sama, UK adalah ekonomi kedua terbesar di dalam blok Eropah yang merupakan blok ekonomi terkaya di dunia. Keluarnya UK memberi ketidaktentuan sama ada blok Eropah akan runtuh, apatah lagi dengan masalah hutang Greece, kelembapan ekonomi berpanjangan, pengangguran di Sepanyol dan kebanjiran pelarian Asia Tengah.

3) Kedua-dua faktor ini memberikan risiko kepada kestabilan ekonomi global kerana blok Eropah banyak berdagang dengan seluruh dunia.

4) Jika pasaran memberi reaksi bahawa ketidaktentuan itu satu risiko besar, ada kemungkinan kejatuhan saham di London akan berjangkit kepada pasaran saham lain di dunia. Jika ini berlaku, ia boleh mencetuskan kegawatan ekonomi dunia. Malaysia akan terkesan teruk kerana kita bergantung kepada eksport.

5) Prestasi pasaran saham bila dibuka pada hari Isnin akan memberi bayangan sama ada keputusan keluar EU itu akan mencetuskan jangkitan panik yang merudumkan pasaran lain juga. Jika itu tidak berlaku, risiko kepada ekonomi Malaysia mungkin lebih rendah.

KEJATUHAN MATAWANG STERLING
1) Matawang sterling dijangka akan menjadi lebih rendah. Ini membawa kesan yang pelbagai kepada pelbagai kumpulan bergantung kepada jenis pendedahan kewangan.

2) Pendidikan tinggi di UK sepatutnya menjadi lebih murah kerana kadar tukaran murah. Namun ia bergantung juga kepada kos perniagaan baru selepas UK berada di luar Eropah. Jika kos perniagaan meningkat dan yuran dinaikkan, maka penjimatan dari kadar tukaran yang lebih rendah boleh dimansuhkan oleh yuran yang lebih tinggi. Terlalu awal untuk dinyatakan.

3) Institusi pelaburan awam seperti KWSP, Tabung Haji, Felda dan lain-lain yang membeli hartanah mewah di London akan menyaksikan kerugian pada mulanya kerana nilai hartanah yang dibeli pada kadar yang lebih tinggi kini perlu diterjemahkan pada kadar yang rendah. Maka satu kerugian atas kertas akan dicatatkan. Walau bagaimana pun, kejatuhan sterling akan membuatkan harga hartanah UK tiba-tiba menjadi lebih rendah lalu lebih ramai pelabur asing mahu membeli hartanah yang mungkin akan menaikkan harga. Sekiranya ini berlaku, hartanah sedia ada bila dinilai kembali mungkin harganya lebih tinggi dan keuntungan atas kertas yang dicatatkan akan ditolak dari kerugian atas kertas sekarang.
Banyak lagi kesan lain tetapi saya rasa untuk rakyat biasa seperti saudara dan saya, ini antara kesan paling ketara yang melibatkan kita.

Cuma saya ajak kita ambil iktibar dari analisa undi mengikut umur seperti yang saya sertakan:
i - Majoriti orang muda mahu UK kekal di dalam EU. Lagi muda, lagi mereka mahu UK kekal dalam EU. Dibawah 24 tahun 73%, di bawah 62% 62% dan lain-lain.
ii - Mereka mahu UK kekal kerana mereka yang paling terbeban dengan keadaan ekonomi semasa dan mereka tidak mampu melalui satu kacau bilau ekonomi. Mereka juga faham keadaan ekonomi yang saling berkait dalam era globalisasi.
iii - Malangnya mereka dikalahkan oleh pengundi lebih tua yang sebenarnya menanggung risiko bagi tempoh masa yang lebih pendek kerana usia yang lebih lanjut. Jika pengundi itu berusia 55 tahun, pada jangka hayat purata 70 tahun, jika ada kejutan ekonomi pun pengundi itu hanya menanggung kesannya selama 15 tahun berbanding orang muda berusia 25 tahun yang akan menanggungnya selama 45 tahun.
iv - Maka orang muda diwariskan bukan sahaja dengan keadaan ekonomi yang lebih buruk berbanding dulu tetapi juga mereka perlu hidup dengan keputusan yang membebankan mereka yang dipaksakan ke atas mereka oleh generasi yang lebih tua.

Kenapa berlaku begitu?

Kerana di referendum semalam jumlah orang muda yang keluar mengundi adalah rendah berbanding orang tua. Walaupun mereka mahu kekal dalm EU dan kadar sokongan itu tinggi, orang tua yang lebih ramai keluar akhirnya menentukan.
Nasi sudah menjadi bubur bagi anak-anak muda UK.
Saya harap nasi tidak akan menjadi bubur bagi anak-anak muda Malaysia jika mereka hadam fenomena yang berlaku di UK itu.
Credited by Dato' Rafizi.

ekonominegara malaysia, Uk keluar dariapda EU, Brexit, ekonomi negara, saudagar kaya emas, emas999, emas power gold, ekonomi, ekonomi malaysia semakin tergugat

Saturday 25 June 2016

berkeping - keping orang Vietnam simpan emas



TABIAT zaman berzaman orang Vietnam yang suka menyorokkan emas di rumah daripada menyimpan wang di bank dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh kerajaan negara itu. Semuanya gara-gara harga emas yang terus melambung tinggi.

Berdasarkan Majlis Emas Dunia tahun lalu, Vietnam membeli lebih banyak emas perkapita berbanding India dan China. Harga emas domestik di Vietnam pula meningkat 18 peratus jauh lebih tinggi daripada harga pasaran emas dunia yang menyaksikan kenaikan 11 peratus. Sememangnya tabiat yang sudah diamalkan turun temurun itu sukar dikikis.

Walaupun harga satu auns (28.4 gram) jongkong emas di Hanoi lebih RM300 berbanding di tempat lain, tetapi penduduk negara komunis itu tetap membelinya, kata pesara berumur 60 tahun, Truong Van Hue.

“Saya masih suka melihat simpanan saya dalam bentuk emas. Ia lebih selamat bagi pesara macam saya. Saya boleh jual emas pada bila-bila masa, di mana-mana apabila memerlukan wang,” katanya.

Walaupun emas dianggap sebagai simpanan selamat, tetapi tindakan penduduk yang ‘menyerbu’ kedai emas membuka mata kerajaan Vietnam apabila mereka berhadapan dengan kadar inflasi sebanyak 18 peratus dan ketidakstabilan mata wang tempatan, dong.

Kerajaan cuba memperlahankan ‘demam emas’ dengan cuba mengawal perniagaan logam berharga itu selepas hampir 20 tahun mereka memberikan kebenaran rasmi kepada penduduk memiliki dan berniaga emas, walaupun perkara itu sudah diamalkan sejak berzaman lalu.

Antara langkah yang cuba dilakukan kerajaan tahun lalu ialah memasukkan dekri atau perintah yang meletakkan perniagaan jongkong emas Saigon Jewelry Company, pembuat dan pedagang emas terkemuka di Vietnam di bawah kawalan bank pusat.

Dekri itu juga mengehadkan perniagaan peniaga emas kecil-kecilan, mengurangkan lonjakan harga dan mencegah pelabur borong daripada merancakkan perniagaan logam berharga itu yang akan terus menjejaskan mata wang dong yang sememangnya sudah goyah.

Buat masa ini, kerajaan juga menimbangkan langkah kedua yang akan memaksa lebih 10,000 kedai emas keluar daripada perniagaan jongkong emas dan hanya memberi fokus kepada penjualan barang kemas saja.

“Mereka mahu kawal emas. Saya tidak boleh kata sama ada ia langkah yang baik atau tidak. Tetapi di sini (Vietnam), kami perlukan kestabilan ekonomi,” kata pengurus di Phu Quy Jewelry Company.

Atas sebab yang praktikal, kebanyakan penduduk Vietnam lebih suka melihat simpanan mereka dalam bentuk emas. Malah kadar faedah sebanyak 14 peratus yang ditawarkan oleh pihak bank kepada penduduk yang menyimpan dong tidak mampu menarik perhatian mereka apatah lagi ia jauh lebih rendah daripada kos sara hidup yang meningkat 18.6 peratus tahun lalu.

Kata pakar ekonomi, kejatuhan harga hartanah dan pasaran saham baru-baru ini menyemarakkan lagi pembelian emas dan bank pusat juga memberi isyarat bahawa nilai mata wang dong mungkin akan terus terjejas lewat tahun ini.

“Orang cuba mengawal kesan kemerosotan ini dengan membeli emas,” kata bekas pakar ekonomi kanan kerajaan, Le Dang Doanh.

sumber: http://www.ceritakita.coz.my/2013/03/sorok-emas-dalam-rumah/

haaa kan?? bagus mereka ni..agak-agaknya akan terjadikah perkara ini di negara kita?? fikir-fikirkan..dan selamat beramal.. 

Kepa
kepada yang berminat sila whatsapp ke 013-6614780

simpananterbaikadalahemas, emas999, emas powergold, saudargar kaya emas enterprise, vietnam simpan emas, vietnam kaya emas

Monday 20 June 2016

RAHSIA BAYAR ROADTAX DENGAN EMAS



Saya nak kongsikan rahsia bagaimana membayar roadtax kereta dengan cara ansuran menggunakan emas. Diakhirnya anda dapat emas dan dapat roadtax.

Katakanlah roadtax dan insuran anda berharga RM1200.
Anda cadang nak mula simpan sebanyak RM200 setiap bulan.
Tempoh roadtax : 12 bulan.

Maka setiap bulan anda gunakan duit yang anda nak simpan untuk bayar roadtax untuk beli emas 1 gram goldcoin/goldbar 999.9 ( harga pasaran RM180-RM200 ) jika ada lebihan simpan untuk tambah sekiranya harga emas naik lebih RM200.

Cukup 12 bulan anda ada 12 gram ditangan. Anda pergi ar rahnu anda gadai dan ambil 70% dari jumlah gadaian.
Contoh yang saya buat sendiri :
Harga ar rahnu beri ( nilai marhum ) = RM160/g
12pcs goldcoin/goldbar = 12 x RM160 = RM1920
Maksimum pinjam 70%
RM1920 x 0.7 = RM1344 ( duit hasil gadaian )
RM1344 - RM1200 ( bayar roadtax )
= RM144 ( baki simpan dalam tabung )

Anda hutang dengan arrahnu RM1344 ( tidak termasuk upah ) kan? Katalah anda teruskan step pertama cuma disini anda ada dua pilihan. Beli goldcoin/ goldbar semula atau bayar ansuran pada arrahnu untuk tebus semula emas anda.

Kalau anda bayar ansur stepnya begini :
Anda bahagikan hutang anda dengan RM200 ( simpanan bulanan anda )
RM1344 ÷ 200 = 7 bulan plus minus

Selama 7 bulan anda langsaikan hutang anda dengan arrahnu. Tepat bulan ke 7 anda tebus semula semua emas anda di arrahnu. Jadi ditangan anda sudah ada 12gram semula. Baki bulan sebelum roadtax anda mati ialah 5 bulan. 5 bulan tersebut anda teruskan beli emas. Cukup 12 bulan anda akan ada 12gram yang lama + 5 gram yang baru.
Total 17 gram. Next roadtax anda sudah tentu berkurang dari RM1200. Maka anda tak perlu gadai kesemua emas anda. Hanya gadai sekadar perlu dan ulang step awal semula.

Hasilnya setiap tahun anda akan dapat bayar roadtax dan dapat buat simpanan emas. Ini belum lagi ambil kira faktor harga emas meningkat. Stok emas anda akan jadi lebih berharga jika itu berlaku.

Banyak sebenarnya kebaikkan menabung emas. Maka simpanlah emas dari sekarang. Insyallah terlindung dari bahaya inflasi dan susut nilai matawang

kepada yg berminat membeli emas dinar, syling emas dan gold bar berketulinan 24 karat, sila whatsapp ke 013-6614780.

simpananterbaikadalahemas, emas999, emaspowergold, 1bulan1gram1keluarga, saudagarkayaemasenterprise, roadtax, penyelesaian emas

Friday 17 June 2016

Daripada simpan emas berjaya melangsaikan hutang besar


Assalamualaikum semua.. hebat sahabat ni.. beliau simpan emas ckit2 sampai emas terkumpul 200 gram lebih.. kemudian beliau menjual emasnya untuk melunaskan kesemua hutang2 besar seperti loan atau kredit card dan hutang PTPTN..

hebat tak!!

emas mampu selesaikan kesemuanya.. cuma perlu ada kekuatan untuk terus menyimpan emas 1 bulan 1 gram..

kepada yg berminat sila whatsapp ke 013-6614780

#simpananterbaikadalahemas#1bulan1keluarga1gram #powergold#saudagarkayaemasenterprise #teamsaudagarbiz

Power Gold terus kekalkan jualan pertama pada tahun 2016 dengan RM15 Juta



#Amethyst sudah beroperasi 
sebagai pengeluar emas 
di Malaysia sejak lbh 13tahun lalu

3tahun lalu telah sasar jual 5juta

Tahun ini 2016
5bulan pertama
kekal menjual RM15juta

dapat pengesahan FEDMAS
tapi belum ada lg laporan
mengatakan emas Amethyst PALSU

Emas laku seluruh dunia taw~

kepada yg berminat sila whatsapp ke 013-6614780

#simpananterbaikadalahemas
#1bulan1keluarga1gram #powergoldmalaysia#saudagarkayaemasenterprise #teamsaudagarbiz
#powergold
#EmasTulenMurah
#Terbaek4u 😘😘😘

Tuesday 14 June 2016

Kereta baru lepas kemalangan tapi duit dalam bank tak banyak!! macam mana nak buat ni??



Kemalangan adalah suatu yang bukan kita ingin kan tapi kalau sudah terjadi bagaikan malang tidak berbau. Saya nak kongsikan sedikit pengalaman daripada Kakak saya supaya boleh sama - sama mendapat iktibar. Kereta ini adalah kereta kakak saya baru sahaja lagi kemalangan dengan kereta mpv Naza. Kereta Mpv Naza dia tak teruk mana pun hanya calar macam tuh tetapi kereta kakak bahagian depan agak teruk dan memerlukan wang sebanyak RM1300 untuk proses membaik pulihkan kereta. Bebanan yang yang besar telah menimpa kakak saya. Kakak saya tidak ada jumlah simpanan duit sebanyak itu didalam akaun bank, disebabkan perbelanjaan harian dan komitmen lain yang sangat tinggi. Waktu tuh terfikir sejenak nak pijam duit ibu ayah atau adik beradik, terasa macam menyusahkan mereka pula, kalau gunakan credit card kena charge interest yang mahal pulak, fikiran waktu tuh terhoyong hayang macam mana nak selesaikan masalah ini. Hanya Allah sahaja yang tahu keadaan waktu tuh. Selepas beberapa lama berfikir, kakak saya baru teringat bahawa dia telah pun menyimpan emas sebanyak sekian - sekian (saya tidak bg tau berapa simpanan emas yang sebenar)       


Tanpa melengahkan lagi masa kakak saya memanfaatkan emas yang dia ada dan jual emas itu. Alhamdulillah, daripada simpanan emas berjaya jual balik emas dengan harga lebih tinggi daripada harga belian. Masalah kos pembaik pulih kereta dapat diselesaikan dalam masa yang sama kakak saya mendapat keuntungan daripada kenaikan harga emas. 

Baguskan emas ni!! emas tetap duit kita dia bukan suatu logam yg tidak ada nilai dan tidak ada berharganya. Kita yang ada duit perlu tukarkan pada emas supaya duit yang kita ada akan selamat dan nilai duit kita semakin bertambah disebabkan nilai emas itu semakin naik. Kajian analysis daripada pakar ekonomi Malaysia mengatakan bahawa emas 1 gram akan naik RM500/gram pada tahun 2020. Harga sekarang 1 gram baru RM209 harga semasa. Ini adalah berita yang baik buat penyimpan - penyimpan emas. 

JOM SIMPAN EMAS!! 

simpanan emas adalah simpanan duit kecemasan kita dan simpanan duit untuk kegunaan masa hadapan. Nak bayar deposit untuk beli rumah, untuk pendidikan anak - anak boleh, wang penchen kita, melancong, perubatan ibu bapa dan macam - macam lagi.  

kepada yang berminat sila whatsapp ke 013-6614780 (Stokis Is)

simpananterbaikemas, 1bulan1gram1keluarga, powergold, emas999, emas tulin, duit kecemasan, saudagar kaya emas enterprise, kemalangan kereta.





Saturday 11 June 2016

kukuhkan ekonomi keluarga


adakah anda sudah membuat tabungan untuk keluarga anda??

kalau satu2 negara nak tgk dia kukuh atau x kukuh ekonomi tgk dia punya gold reserve dia.. kalau byk lagi kukuh.. sama seperti keluarga.. nak kukuh kumpul emas byk2..

kepada yg berminat membeli emas murah sila whatsapp ke 013-6614780

#simpananterbaikadalahemas #1gram1bulan1keluarga #powergold #saudagarkayaemasenterprise #teamsaudagarbiz

Friday 10 June 2016

Pengiktirafan FEDMAS kepada Power gold akan memberi kayakinan kepada Pengimport2 emas Luar negara








EMAS KELUARAN AMETHYST MENERIMA PENGIKTIRAFAN FEDMAS
=====================

AMETHYST GOLD CREATION SDN BHD (951063-K) kini adalah ahli BIRO PIAWAI FEDMAS MALAYSIA

Siapakah FEDMAS?
Kebanyakan semua pengeksport, pengeluar utama dan borong di Malaysia adalah ahli-ahli kepada assay FEDMAS di mana mereka boleh mengemukakan sejumlah pengeluaran barang kemas mereka pd FEDMAS untuk daftar ketulenan.

Ia membantu untuk membina keyakinan di kalangan pembeli utama dan barang kemas dibuat di Malaysia untuk dieksport ke Timur Tengah, Amerika Utara, Eropah dan juga di Asia Tenggara.

Semua barang kemas yang dijual di Malaysia perlu DIUJI untuk ketulenan dan MESTI diterangkan berdasarkan Standard Malaysia (MS 1365: Part1: 1994) yang dibangunkan oleh SIRIM (Standard Industrial & Research Institute of Malaysia) di bawah Perihal Dagangan Peraturan-Peraturan (Artikel diperbuat daripada logam berharga) 1994.

FEDMAS berbangga menjadi salah satu ahli kumpulan (Logam berharga) wakil SIRIM untuk membantu dan memberi nasihat standard ketulenan barang-barang kemas yang diperbuat daripada logam berharga seperti emas dan perak.

Tiga makmal FEDMAS (Penang, KL dan JB) SAHAJA pejabat assay di Malaysia yang diiktiraf di bawah MS ISO / IEC 17025: 2005 yang diiktiraf oleh Standard Malaysia dan Pertubuhan Standardisasi Antarabangsa.

=======

Ini adalah BUKTI KOMITMEN syarikat dan kami smua sbg pembekal dan peniaga emas tulen di Malaysia.

Tahniah Amethyst dan tahniah Powergold.

Kini kita melangkah setapak lagi.

Sesungguhnya Amethyst adalah KILANG EMAS dan Powergold adalah syarikat yg memasarkan emas tulen.. kita buat jual beli EMAS FIZIKAL DAN BUKAN SEKALI-KALI PELABURAN EMAS @ APA2 SKIM.

JOM BELI EMAS PHYSICAL BERSAMA POWER GOLD

kepada yang berminat membeli emas fisikal dengan harga discount atau berminat menjadi ahli atau stokis power gold sila whatsapp ke 013-6614780 (Stokis Iskandar)

simpananterbaikadalahemas, emas999, emaspowergold, jualbeliemas, sudah disahkan  oleh fedmas, jom beli emas, emas tulin, saudagar kaya emas enterprise team saudagar biz

Thursday 9 June 2016

issue pasal emas melekat dkt magnet


kalau korg nak tau emas ada byk jenis ketulinan. ada 999, 916 dan byk lagi. Cuma hari ni saya nak cerita emas 999.9 dan 916 sahaja.

emas 916 bermaksud dkt logam tuh ada 91.6% diperbuat drpd emas.. selebihnya dibuat drpd bahan campuran untuk kukuhkan lagi emas tuh.. kemungkinan emas untuk melekat dkt magnet tuh ada sbb ada campuran bhn lain.. cuma better pergi uji emas dkt mana2 ar-rahnu yg berdekatan untuk pastikan emas tuh real 916.

emas 999.9 bermaksud logam tuh 99.9% diperbuat drpd emas.. hanya 0.01% shj bahan campuran.. emas ni mmg tak akan melekat pada magnet.. kalau dia melekat tuh mungkin ada something wrong pada emas.. uji emas dkt mana2 ar-rahnu untuk pastikan emas betul2 999.9.

kepada anda yang berminat hendak membeli emas dinar, gold bar dan syling (999.9) dengan harga discount blh whatsapp ke 013-6614780
‪#‎simpananterbaikadalahemas‬ ‪#‎1gram1bulan1keluarga‬ ‪#‎powergold‬‪#‎saudagarkayaemasenterprise‬ ‪#‎teamsaudagarbiz‬

Monday 6 June 2016

Rezeki 1st Ramadhan



Alhamdulillah.. rezeki 1st Ramadhan.. berjaya register seorg ahli.. knp org berminat sgt jadi ahli Power gold ni ehh??
kalau nak tau.. sebenarnya.. sesiapa yg menjadi ahli power Gold.. first diorg blh dpt harga discount bg setiap pembina emas dinar, Gold bar dan syling emas berketurunan 24 karat. second.. kita blh buat business dengan pendaftaran yg minimum.. byk bonus yg blh kita dpt
daftar ahli blh dpt free emas bernilai (rm100 - rm1600)
jom jadi ahli Power gold.. kepada yg berminat sila whatsapp ke 013-6614780

‪#‎simpananternaikadalahemas‬
‪#‎1gram1bulan1keluarga‬
‪#‎powergold‬ ‪#‎saudagarkayaemasenterprise‬ ‪#‎teamsaudagarbiz‬

Sunday 5 June 2016

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN



SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN. MARHABAN YA RAMADHAN.

Dengan kedatangan bulan yang mulia ini mari sama - sama kita bersungguh - sungguh dalam beribadah, tidak kira lah sama ada kita beribadah solat, puasa, bekerja, baca al-quran, berniaga, bersedekah, bermain dan segala aspek ibadah tidak kira sama ada ibadah umum mahupun ibadah khusus. Setiap perbuatan yang kita buat diniatkan kerana Allah swt, Ins sya Allah, Allah akan gandakan pahala kita. Tidak ada ganjaran berlipat kali ganda yang Allah kurniakan kepada ummat nabi muhammad melainkan pada bulan Ramadhan.

Ayuh kita rebut peluang sebanyak mungkin yang diberikan oleh Allah kepada kita. Jadikan Ramadhan sebagai madrasah atau sekolah buat kita untuk terus didik nafsu kita kearah kebaikan dan terus istiqamah melakukan kebaikan.

Salam Ramadhan dari kami;
Saudagar Kaya Emas Enterprise

saudagarkayaemasenterprise, selamat menyambut ramadhan, ramadhan kareem, bulan yang mulia, power gold, emas999, jual emas,

Wednesday 1 June 2016

Emas 1 gram EDISI RAYA






wahh.. cantiknya 😍😍😍😍 emas edisi raya.. ins Sya Allah will be soon..
emas power Gold sentiasa pilihan saya
kepada yg berminat sila whatsapp ke 013-6614780