Sunday 27 March 2016

Permainan harga emas


selamat pagi kawan2..

harga emas seperti permainan jongkang - jongkit, kadang2 naik kadang2 turun.. 

org beli harga murah adalah rezeki, tp kalau dia beli harga mahal ckit tidak mengapa, emas is Long term.. dia ambik masa 10 - 15 tahun untuk kan keuntungan berganda.. so kalau naik tuh beza rm3 - rm5.. anggap itu biasa sahaja.. sbb nanti harga emas akan naik lagi tinggi mendadak dan dijangkakan naik sehingga rm500/gram.

secara kesimpulannya ada duit beli sahaja emas.. biar lah market yg menentukan harga emas.. tugas kita simpan emas..

JOM SIMPAN EMAS

kepada yg berminat sila whatsapp ke 013-6614780




#simpananterbaikadalahemas #1gram1bulan1keluarga #powergold #uitmpuncakalam #uitmshahalam #saudagarkayaemasenterprise

Saturday 26 March 2016

TAHNIAH BUAT PEMENANG LUCKY DRAW EMAS










Alhamdulillah.. selesai sudah lucky draw semalam.. tahniah buat pemenang hadiah emas.. (pak Syed Hashim Ahmad dan Abg Helmi Jamaludin​) semoga selepas ini akan lebih ramai yg akan teruja dan bersemangat untuk terus menyimpan emas..

tidak perlu simpan emas byk2 sgt.. cukup sekadar 1 gram sebulan.. anda akan mengecapi segala impian anda di masa akan dtg..

hadiah ikhlas dr kami
Saudagar Kaya Emas Enterprise


megacounsingahtering, saudagarkayaemasenterprise, emas999.9, luckydraw, 1bulan1gram1keluarga, powergold, jualbeliemas

Emas mengekalkan Kuasa Beli dan Emas juga akan selama - lamanya naik nilainya



1) kuasa beli tuh apa?? kemampuan org ramai membeli barang, jika ramai yg mampu membeli barang secara tidak langsung harga barang akan naik sbb barang dipasaran tidak banyak tetapi permintaan barang tinggi sebab ramai yg ada duit.. effectnya harga barang akan terus naik menyebabkan hanya org kaya sahaja yg mampu membeli barang, org miskin tak mampu membeli apa2 hanya barang keperluan sahaja blh beli.. ini akan bertambah teruk kan lagi ekonomi kita ( inflasi)

jika kita beli emas sebagai simpanan secara x langsung perbelanjaan kita akan berkurang, kurgnya perbelanjaan blh menyebabkan jatuhnya permintaan terhadap sesuatu barang (kurgnya kuasa beli).. apabila permintaan jatuh.. harga barang pun akan turun.. ini akan memperbaiki ekonomi kita ( inflasi)

2) harga emas sentiasa naik sedangkan harga duit fiat terus menurun. Hal ini kerana emas terdapat nilainya tersendiri. Emas tidak perlu bergantung pada apa - apa jenis untuk memastikan ia bernilai sedangkan duit fiat ini sentiasa memerlukan satu sama lain. Duit fiat perlu bergantung kepada Bank Negara untuk menyatakan duit fiat itu sah digunakan sebagai urus niaga. Jika tidak ada apa - apa pengesahan daripada Bank Negara, Duit fiat seperti kertas biasa atau tisu tandas sahaja sepertimana yang diberi tahu oleh Tun Dr. Mahathir (Mantan Perdana Menteri Malaysia).

JOM KITA MENYIMPAN EMAS RAMAI2.. kepada yg berminat sila whatsapp ke 013-6614780

simpananterbaikadalahemas, emas999.9, jualbeliemas, emas powergold, powergold, saudagarkayaemasenterprise, uitmpuncakalam, uitm, 1bulan1gram1keluarga.

Saturday 19 March 2016

Perbelanjaan bulanan yang biasa bagi yang kahwin muda.



bagi yg kahwin muda, ini lah average perbelanjaan bulanan bagi yg mempunyai certerficate degree... kalau yg ada SPM atau diploma gaji dia mungkin less than that lah..

so nak survive di dunia yg serba mencabar ini.. kita perlu rancang kewangan.. kewangan yg bagus adalah mereka punya simpanan mereka byk dan mampu menggandakan saving dia..

2 cara untuk besarkan simpanan iaitu sama nak KURANGKAN PERBELANJAAN BULANAN atau TAMBAHKAN PENDAPATAN atau kata lain tambahkan SIDE INCOME.

PILIH MANA YG TERBAIK!! "THE CHOICE IS IN YOUR HAND"

Kepada yg berminat berniaga emas dengan modal yg rendah sila whatsapp ke 013-6614780



Apakah Loan yang terbaik??



Korang tahu tak apa itu loan? Loan adalah sebuah pinjaman duit daripada pihak bank kepada orang awam digunakan atas kepentingan seseorang. Loan ini akan terikat dengan perjanjian selama 5 tahun untuk langsaikan kesemua hutang dalam masa yang sama akan dikenakan interest yang tinggi diantara (10% - 15% setiap tahun) daripada jumlah pinjaman. 

Penambahan Loan interest juga akan dikenakan jika kita lambat bayar bayar 'monthly payment'. Interest yang berganda menyebabkan kita terasa terbeban untuk melangsaikan hutang. Ramai anak muda bankrup disebabkan tidak mampu membayar hutang personal loan mahupun hutang credit card. Loan yang paling lama tempoh pembayaran hutang adalah Loan rumah. Loan rumah mengambil masa sehingga 20 - 30 tahun untuk melangsaikan hutang rumah. Interest yang dikenakan sehingga 30 tahun sangatlah tinggi.

Bank sangat gembira jika orang ramai membuat loan, sebab dari situ mereka boleh menghasilkan keuntungan yang berganda - ganda. Ramai diantara kita tidak ada pilihan lain disebabkan kewangan kita sangat rendah memerlukan bantuan kewangan daripada pihak bank. 

ADA CARA LAIN YANG BOLEH MENGGANTIKAN LOAN 

Loan sangat membebankan dan ramai yang bankrup disebabkan loan. Bankrupnya seseorang bukan lah disebabkan Bank akan tetapi disebabkan keborosan diri kita sendiri yang menyebabkan kita menjadi bergini. Bank hanya memberi pilihan untuk meminjam, pengurusan duit bergantung pada diri sendiri

Betul ke ada cara boleh menggantikan Loan?? Ye memang ada cara lain yang boleh menggantikan loan dan ianya shariah dan cara ini diguna pakai pada zaman nabi lagi.

Caranya adalah dengan kita menjadikan emas yang kita simpan sebagai cagaran. Apabila kita cagar emas kita, kita akan dapat deposit duit. Duit yang kita peroleh adalah duit pinjaman dan perlu untuk kita bayar balik duit jika kita ingin tebus emas kita. Emas yang dicagar akan dikenakan upah simpan yang sangat rendah kerana mereka menyimpan emas kita dengan baik. Jika kita tidak mampu membayar duit pinjaman, kita tidak akan dikenakan apa - apa tingakan atau interest yang tinggi, akan tetapi kita punya emas yang dicagarkan akan dilelong sahaja. Kewangan kita tetap akan selamat. Tidak ada bebanan pada seseorang jika kita meminjam.

Ini adalah cara pinjaman dari sudut islam. kita pinjam sesuatu perlukan cagaran. Cagaran hendakalah bernilai. 2 jenis logam yang boleh dicagarkan iaitu emas dan perak. Kedua - dua logam ini sangat bernilai walaupun disimpan selama 1000 tahun sekali pun tetap bernilai emasnya.

ADAKAH ANDA MASIH INGIN MENGGUNAKAN LOAN BANK YANG MEMERANGKAPKAN ATAU PAJAK EMAS YANG MEMBERI KESENAGAN DIMASA AKAN DATANG??

semua pilihan ditangan anda!!

JOM SIMPAN EMAS DARIPADA SEKARANG!!

bermula menyimpan dengan 1 GRAM - 1 GRAM, bak kata pepatah "sedikit - sedikit lama - lama jadi bukit"

kepada yang berminat sila whatsapp ke 013-6614780, 
follow saya punya insta dan fb - Suria Iskandar
blog - saudagar kaya emas




- iskandar stokis power gold -
Saudagar Kaya Emas Enterprise


simpananterbaikadalahemas, emas999.9, loan pinjaman, home loan, personal loan, emas power gold, 1 bulan 1gram 1 keluarga, saudagar kaya emas enterprise, loan terbaik, uitm, student uitm, uitm puncak alam 

Wednesday 16 March 2016

DARIPADA EMAS TUKAR KEPADA DUIT




NAK TAU CARANYA?? 

1) dengan cara anda ar-rahnu emas anda.. once bila anda gadai emas anda dpt cash.. akan tetapi ada dikehendaki untuk membayar upah simpan setiap 6 bulan sekali dengan upah simpan yg rendah.. 
2) dengan cara jual emas balik pada harga emas yg tinggi untuk dptkan keuntungan.. 

KAEDAH YG MUDAH UNTUK JUAL EMAS

1) emas tuh blh jual dkt org awam. so blh lah mark up ikut harga semasa.. byk untung dpt.

2) jual company power gold  balik, dia ada harga buy back, biasanya harga belian dan harga jualan x sama.. ada spread dia atau susut nilai dia.. tp setakat ni power gold spread dia paling rendah maksudnya kalau jual boleh dpt byk ckit deposit berbanding yg syarikat emas yg lain.

3) jual dkt kedai emas tp ini yg last choice sbb dia ambik untung tinggi so kita akan dpt ckit sgt.. x de rugi pun cuma kita dpt ckit duit pulangan.

EMAS WALAU DI MANA SHJ BERADA TETAP BERNILAI -iskandar stokis powergold-

kepada anda yg beminat sila whatsapp ke 013-6614780.

#simpananterbaikadalahemas
#1gram1bulan1keluarga #powergold #saudagarkayaemasenterprise

Sunday 13 March 2016

KENAPA NILAI MATAWANG SENANG SANGAT JATUH NILAINYA SEDANGKAN EMAS INI NILAI SENTIASA NAIK??



DI SINI SAYA NAK SHARE 2 SEBAB UTAMA :

1) MATAWANG FIAT (fiat money) ini MUDAH sangat hendak DICETAK. Jika satu - satu NEGARA perlukan WANG DICETAKNYA LAGI  MATAWANG itu seperti mana yang berlaku di US. US setiap hari DICETAK WANG mereka. KEADAAN ini sangat MERBAHAYA bagi sesebuah NEGARA jika DICETAK terlalu BANYAK, NILAI MATAWANG sesebuah negara akan MUDAH JATUH. Apabila PERMINTAAN terhadap MATAWANG bagi sesuatu negara itu rendah daripada PENAWARAN MATAWANG, maka akan berlakukan LEBIHAN PENAWARAN dalam PASARAN.  

lain pula macam EMAS, emas merupakan BAHAN GALIAN yang BOLEH HABIS dan sangat LIMITED. Apabila sesuatu BARANG atau logam itu LIMITED dia akan menjadikan LOGAM itu sangat BERNILAI. sebab tuh kalau tengok mana - mana cerita sama ada NATIONAL TREASURE ke atau citer - citer orang putih, ramai yang TERBUNUH semata - mata inginkan EMAS. EMAS ada nilainya dirinya sendiri dan TIDAK perlu DISAHKAN mana - mana BANK NEGARA pun seperti mana matawang fiat. Emas walau JATUH macam mana NILAINYA tetap EMAS, tetapi kalau MATAWANG FIAT, kalau JATUHNYA nilainya, ia seperti KERTAS KOSONG atau TISU TANDAS sahaja sebab itu kita PERLU SIMPAN EMAS. 

2) BIG TRADERS mampu MEMBELI dan MENJUAL matawang secara BESAR - BESARAN. Kalau dimbas kembali sejarah yang berlaku di ASIAN 1997, ECONOMIC CRISIS yang dilanda di negara - negara ASIAN termasuk MALAYSIA disebabkan GEORGE SOROS seorang yang BILLIONAIR MEMBELI matwanag asian sangat BANYAK ketika economy asian TIDAK STABIL. Apabila harga sudah MELAMBUNG TINGGI , George Soros terus JUAL kesemua MATAWANG ASIAN sehinggalah nilai duit asian antaranya MALAYSIA jatuh teruk sehingga RM 4.88/USD. Alhamdulillah ketika itu Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir berjaya menyelesaikan crisis ekonomi yang berlaku di Malaysia sehingga lah duit Malaysia kembali stabil.

KEJATUHAN nilai matawang TIDAK ADA LIMIT. seperti mana yang berlaku di Indonesia dan Zimbabwe, hanya nak beli 3 BIJI TELUR memerlukan 100 billion zimbabwe dollar. Alangkah sedihnya. EMAS nilainya boleh JATUH juga TETAPI kejatuhan nilai emas ini ADA LIMIT, JATUH sekejap kemudian NAIK BALIK dalam nilai yang LEBIH TINGGI

JOM MENYIMPAN EMAS

kepada yang berminat sila whatsapp ke 013 - 6614780 ( iskandar stokis power gold )




simpananterbaikadalahemas, emas999, emaspower gold, jual emas, 1 bulan1gram1keluarga, powergold.biz, saudagarkayaemasenterprise, uitm, ekonomi malaysia, ekonomi, crisis 1997, crisis asian, crisis malaysia, crisis economy
  


Friday 11 March 2016

KORANG TAHU TAK KENAPA DUIT ZIMBABWE DOLAR SUDAH TIDAK ADA NILAI SEDANGKAN NILAINYA DAHULU LEBIH BERNILAI DARIPADA DOLLAR AMERIKA





MATAWANG ZIM DOLLAR DI ZIMBABWE(1998-2008)
Hai Assalamualaikum semua, korang mesti tertanya - tertanyakan kenapa matawang Zimbabwe dollar sudah tidak laku? 
Adakah disebabkan peperangan menyebabkan duit mereka tidak laku?
Sebenarnya matawang zimbabwe tidak laku adalah disebabkan Kerajaan Zimbabwe telah mencetak wang kertas Zimbabwean Dollar dengan banyak dan tanpa had dalam nilai yang tinggi menyebabkan Negara itu dilanda inflasi yang membawa kepada hyperinflasi yang berlanjutan selama 10 tahun. Anda perlukan 100 billion ZIM dollar untuk membeli hanya 3 biji telur ayam pada tahun 2015. DASYATKAN!! 
Ini berpunca daripada kadar inflasi yang meningkat mendadak setiap tahun:
  • inflasi mencapai 624% pada tahun 2004
  • inflasi mencapai 1730% pada tahun 2006
  • inflasi mencapai 11000% pada tahun 2007
Pernah satu detik pada tahun 2008, hiperinflasi mencecah 500,000,000,000% telah membuatkan mata wang zimbabwe langsung tidak bernilai.

bayaran hanya untuk segelas minuman, memerlukan berbilion zim dolar  

Berapa ribu billion dollar ZIM agaknya yang diperlukan untuk membeli beras,ayam,ikan dan makanan asas yang lain? pernah ada terfikir?
Duit berguni-guni tetapi tiada nilai untuk membeli apa2 barang sekali pun.
Kesan akibat hyperinflsi di Zimbabwe

100 billion hanya mampu beli 3biji telur
- Semua urusan jual-beli hanya dalam emas
- Orang tua, muda, kanak-kanak, dan wanita perlu bekerja keras menggali dan mendulang emas
- Peladang dan penternak terpaksa membunuh haiwan ternakan untuk makanan
- Anak kecil dipaksa bekerja mencari emas
- Duit kertas berjuta dollar hanyalah sebagai kertas biasa
- Ada yang gunakan wang kertas sebagai sampul emas sahaja
- Orang tua kelaparan tidak larat lagi untuk bekerja keras mencari emas untuk hidup
- kanak-kanak tidak lagi bersekolah kerana perlu bekerja
-Ada yang terpaksa memakan kulit lembu sebagai makanan
-Ada yang memakan rumput dan daun 

Ini adalah perkara yang benar - benar berlaku di negara jiran kita, jika anda tidak mahu jadi seperti mereka bermulalah menyimpan emas daripada sekarang untuk menyelamatkan kewangan kita. 

SIMPANAN EMAS ADALAH SATU2 JALAN PENYELESAIAN YANG TERBAIK UNTUK MENGUKUHKAN BALIK KEWANGAN DIRI, KELUARGA, MASYARAKAT DAN NEGARA KITA

kepada yang berminat untuk membeli emas dengan harga yang berpatutan sila whatsapp ke 013-6614780

simpanan terbaik adalah emas, emas 999, emas power gold, jual emas, uitm, saudagar kaya emas enterprise, 

Tuesday 8 March 2016

DISIPLINKAN SIMPANAN EMAS MAMPU UNTUK MEMENUHI IMPIAN SESEORG



๐ŸŒŸ TIPS EMAS ๐ŸŒŸ

[ Bagaimana Nak Disiplinkan Kewangan Diri ]

Step 1⃣:.
=======
๐Ÿ‘‰Dapat sahaja gaji, asingkan cepat² 10% simpan sebagai BAKUL SAVING. (Sebagai permulaan main 5% dahulu, apabila agak mahir & seronok barulah naikkan ke 10% pula. & naikkn sedikit² apabila sudah selesa.

Step2⃣ :.
=======
๐Ÿ‘‰Alih bakul iaitu dari BAKUL SAVING kpd BAKUL ASET, iaitu duit yg disimpan (dari bentuk simpanan) tadi bolehlah tukar kpd kepingan emas.

๐Ÿ‘‰Tak perlu nk beli 5gram atau gram emas yg besar² ,kita boleh bermula la dgn 1gram je..kalau dikumpul tiap² bulan…fuhhh boleh kira sndiri la nilai aset kita..emas ni makin mahal.

Kesan Sampingan Selepas Itu:.-
=========================
Anda akan tertanya² dlm fikiran. Bila dh simpan & kumpul sndiri emas fizikal ni,pastu nk bt apa???

Kita boleh buat:.-
✅ kawin
✅beli property (kedai,rumah,tanah)
✅ selesaikan hutang
✅ zakat (diutamakan)
✅ haji/umrah/melancong
✅ pendidikan anak² 》xperlu nk buat PTPTN wOoo:)
✅ emergency (sakit)
✅ simpanan utk bersara awal
✅ boleh kembangkan ekonomi diri dgn buat bisnes lain. Emas sbg modal bisnes
✅ renovate rumah bg besar & luas utk keselesaan 

~EMAS ADALAH WANG SEBENAR~

kepada yg berminat sila whatsapp ke 013-6614780

simpananterbaikadalahemas, emas999.9, jual emas, emas power gold, power gold, saudagar kaya emas enterprise, power gold, uitm, uitm puncak alam

Wednesday 2 March 2016

SILA AWASI DIRI ANDA DENGAN SKIM DAN MONEY GAME!!


Terlalu banyak orang tanya saya akhir-akhir ni tentang skim pelaburan emas yang dapat income bulan-bulan. Dah terlalu famous sekarang ni. Hari ni sahaja dah 6 orang tanya saya soalan yang sama. Ye lah. Siapa tak ‘curious’. Bukan sikit janji keuntungnya. Ada yang janji bagi keuntungan mencecah 70% – 100% dalam tempoh setahun!
Secara jujurnya, bila dengar boleh dapat keuntungan yang tak masuk akal tu pun, saya dah ‘reject’ awal-awal. Too good to be true. Kalau “perniagaan” untung 200% setahun tu memang biasa, tapi kalau “pelaburan” untung 20% tu bagi saya luar biasa. Apatah lagi untungnya 70% hingga 100% setahun!

Penganjur Bijak Lagi Baik Hati?

Kalau betul ianya pelaburan yang tulen, jangankan kita yang nak labur, badan-badan kerajaan, bank-bank dan institusi kewangan yang ada dana jauh lebih besar, dan jauh lebih ‘pakar’ dari kita akan rebut dulu. Tak sempat nak labur, dah ‘penuh’ dah quota macam saham Bank Rakyat! Tapi kalau kita dengar mana-mana skim pelaburan yang bagi pulangan tak masuk akal, sedangkan pihak bank pun tak “ambil port” langsung, sepatutnya itu dah boleh bagi kita “red flag”. Hati-hati. Labur duit jangan sampai lebur…
Kedua, banyak penganjur yang sangat bijak niagakan dan manipulasi emas katanya. Bukan setakat bijak, baik hati pulak tu. Kalau penganjur boleh bagi pelabur untung 70% – 100% setahun, agaknya berapa untung penganjur (peniaga)? Paling tidak pun 200% setahun. Maksudnya, daripada modal yang kita beri, mereka mesti dapat untung 300% setahun. Memang bijak, jauh lebih bijak dari kedai-kedai emas yang lama dan mana-mana institusi kewangan di Malaysia. Kalau itu kaedah niaga yang untungnya sangat besar, kenapa pengeluar emas berpengalaman seperti Poh Kong, Habib Jewel, dan Public Gold tak secerdik tu untuk niagakan kaedah macam tu?

Ciri-Ciri Skim Cepat Kaya

Secara jujurnya, saya tak pasti samada skim-skim begitu pelaburan tulen atau tak. Tapi berdasarkan ciri-ciri yang saya perhati, saya buat kesimpulan, ia adalah money game atau skim cepat kaya (cepat miskin!), sebab faktor berikut:

#1 – Keuntungan Tak Masuk Akal

Janji keuntungan 70% – 100% setahun tu sangat tak masuk akal. Pesan Azizi Ali (Pakar Kewangan berpengalaman), “Pelabur-pelabur world class seperti Warren Buffett dan George Soros pun ‘hanya’ memberi pulangan 20-34% setahun! Adakah masuk akal orang yang tidak pernah dikenali dapat memberikan pulangan yang sebegitu tinggi (melebihi 34% setahun)?”.
Kalau benar pelaburan tu tulen, saya syorkan ramai-ramai buat loan bank RM200,000 dan laburkan ke skim macam tu. Saya kira-kira, lepas tolak ansuran bank dalam RM1,200 sebulan, kita masih berbaki at least RM8,000 – RM10,000 sebulan. Dah tak perlu penat-penat kerja sampai mati. Bulan depan pun dah boleh pencen dan “bebas kewangan”!

#2 – Terma Sentiasa Berubah-ubah

Apa yang saya perhati, kaedah begitu mula popular sebagai skim “delay”, kemudian berubah-ubah dan pelbagai program ditawarkan tapi urusniaganya hampir sama. Letak duit, dapat income bulan-bulan. Dan macam-macam nama-nama pelik yang digunakan.

#3 – Produk Bukan Subjek Penting

Emas tak penting, harga emas semasa tak penting, tapi yang penting ialah letak duit dan dapat income bulan-bulan. Bahkan penganjur letak harga terlalu tinggi atau terlalu rendah yang tak masuk akal pun orang tak kisah sebab kebanyakkannya tak ada “penyerahan fizikal”. Keuntungan yang dijanjikan tak ada kena mengena dengan turun naik harga emas. Harga emas naik atau turun, semuanya untung. Pendek kata, confirm untung. Bahkan pembeli emas tak kisah pun tentang emas tu. Yang penting, dapat income bulan-bulan.

#4 – Punca Keuntungan Agak Kabur

Boleh dikatakan hampir kesemua penganjur akan mengelak untuk jawab mana datang keuntungan yang luar biasa tu. Kalau jawab pun, jawapan tu sangat kabur. Saya pernah tanya beberapa pengajur tapi ramai yang bukan sahaja tak menjawab soalan, tapi hentam balik Public Gold. Mungkin sebab mereka kenal saya dealer Public Gold yang aktif. Persoalan asas saya, mana datang keuntungan luar biasa tu? Jawapan biasa, emas tu diniagakan. Niaga yang macam mana yang boleh bagi untung berlipat kali ganda tu? Jawapan untuk persoalan ini biasanya berbelit-belit.
Kalau kita labur mana-mana tempat yang betul, “fund manager” biasanya akan terangkan sejelas-jelasnya mana datang keuntungan mereka. Macam mana operasi perniagaan mereka, strategi dan prospek bisnes mereka, ada prospektus, ada statistik, ada laporan kewangan dsb. Tapi skim begitu terlalu kabur. Orang yang join tu pun tak kisah. Janji masyuuk jer.

#5 – Kaedah Marketing Terlalu “Phishy”

Maaf. Kalau marketing tunjuk duit berlambak-lambak, tunjuk duit berjuta dalam akaun bank, itu cara skim cepat miskin. Pengalaman saya jumpa ramai orang kaya, majoriti mereka lebih suka low profile. Kalau kita betul-betul kaya, buat apa nak bising-bising kan? Duduk diam-diam lagi bagus.
Cuba tengok guru-guru bisnes, guru kewangan dan guru pelaburan sebenar, ada tak mereka tunjukkan harta mereka? Cuba perhati guru-guru seperti Robert Kiyosaki (Kewangan), Azizi Ali (Kewangan), Puan Ainon (Bisnes), Irfan Khairi (Bisnes Internet), Dr. Shah Razali (Hartanah), Tuan Faizul Ridzuan (Hartanah) dan lain-lain, pernah tak mereka “jual” produk mereka dengan tunjuk harta mereka? Tak pernah, tapi orang ramai tetap cari mereka sebab NILAI diri mereka yang sebenar.
Jadi bagi saya, kalau orang yang terlalu show-off (menunjuk-nunjuk), mereka bukan kaya sebenarnya. Kekayaan yang dia pamerkan tu cuma “umpan” untuk tangkap pelabur. Kaya yang mereka tunjukkan tu biasanya palsu, ataupun kaya dengan duit orang!

Money Game Bertopeng Emas?

Saya boleh buat kesimpulan, skim-skim begitu hanyalah money game i.e. skim cepat kaya (cepat miskin!) atau permainan duit. Penganjur sebenarnya nak guna duit kita dan emas kita untuk rolling bisnes ‘rahsia’ mereka. Kalau betul-betul jujur, jual emas tu pada harga pasaran. Emas tu kita simpan sendiri. Lepas tu penganjur yang baik hati tu bagi income bulan-bulan selama setahun. Ada tak pengajur berani buat macam tu? Jawapannya tak ada. Mana mereka nak cari duit untuk bayar income bulan-bulan?
Kalau tengok kes-kes lama, skim-skim macam tu memang ‘proven’ bayar income bulan-bulan supaya dapat kepercayaan orang ramai, tapi akhir sekali akan lingkup dan duit-duit pelabur akan lebur kesemuanya bila (1) penganjur lari, atau (2) diserbu oleh Bank Negara (BNM). Tapi saya nampak, bukan mudah BNM nak serbu sebab penganjur skim dah belajar dari kes sebelum ni. Urusniaga tak dibuat atas nama satu syarikat, tapi dibuat guna nama banyak syarikat. Setiap ejen ada syarikat “Sdn. Bhd” mereka. Syarikat “Sdn. Bhd” ialah syarikat yang liabilitinya terhad. Kalau syarikat kena beku, ianya tak menjejaskan ASET PERIBADI penganjur. Pelabur semua akan lingkup, tapi penganjur tetap kaya raya…

Pelaburan Emas Sebenar?

Saya harap, pandangan dan kesimpulan yang saya buat ni tak betul.Kalau ianya pelaburan tulen, alhamdulillah. Maksudnya itu peluang pelaburan luar biasa yang semua rakyat Malaysia patut sertai.
Hakikatnya, pelaburan emas yang sebenarnya ialah beli dan simpan emas SENDIRI, tak ada income bulan-bulan. Tak menarik macam skim-skim pelaburan begitu. Untung pelaburan emas secara asasnya bergantung naik turun harga emas. Buy low, sell high. Itu sahaja. Memang lambat kaya, tapi itu cara paling selamat sebab apa pun berlaku dalam dunia ni, emas tu masih ditangan kita.
Wallahu a’lam.
kepada yang berminat sila whatsapp ke 013-6614780 

refference ;
- http://www.mohdzulkifli.com/2014/08/awas-skim-cepat-kaya-bertopeng-emas.html


simpananterbaikadalahemas, emas999.9, jualemas, gold, saudagarkayaemasenterprise, powergold