Wednesday 31 May 2017

Emas paling menguntungkan diwaktu ekonomi gawat





Hai assalamualaikum, 

satu perkara yang ingin saya kongsikan pada anda semua, sangat menarik buat anda yang peminat - peminat tegar emas, tidak kiralah anda ni peminat barang kemas, peminat jongkong emas mahupun dinar emas. 

Saya start cerita dengan keadaan ekonomi Malaysia kita, semakin hari semakin gawat. Bermula daripada tahun 2014 sehingga tahun lepas 2016, pendapatan negara kian merosot. blh tengok sahaja disini https://tradingeconomics.com/malaysia/gdp. Anda sendiri blh nampak dengan ramainya kawan - kawan, ahli keluarga yang kena buang kerja. Menurut Human Resources Online, laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia menunjukkan kadar pengangguran seramai 500 ribu orang tahun lepas. Banyak syarikat - syarikat kecik ni lingkup disebabkan sales merudum tidak mampu menanggung kos. Harga barang pula banyak yang akan naik, gula, barang mentah memang akan alami satu proses kenaikan harga yang cukup memeritkan. Naik dalam 8% lebih kurang gitulah.Harga minyak pula main naik dan turun setiap minggu, sebab nak menampung


1. Kenaikan cukai
2. Pengenalan cukai baru
3. Adjustment BLR (Kadar faedah pinjaman)
4. Cetakan wang.
5. Pengurangan subsidi etc, subsidi minyak masak contohnya.
Namun hakikatnya ekonomi malaysia, kita akan mengalami kesan yang sangat buruk. Ringgit Malaysia terus jatuh merudum. Ketika entri ini ditulis, 1usd bersamaan RM4.48 sen. Semua barang - barang import dan tempatan naik. Barang tempatan naik?? kenapa pula?? yes barang tempatan pun akan naik juga disebabkan kilang akan membeli barang - barang mentah diluar negara dan process menjadi barang siap di Malaysia.

ok itu saya sentuh serba sedikit bab malaysia ekonomi. ok so macam mana yang kata emas boleh bawak untung ketika hari gawat. ok macam ini cerita dia. ketika hari gawat ramai yang memerlukan duit untuk survive terutama orang yang menganggur. Duit sangat lah diperlukan untuk sara keluarga punya komitmen, barang keperluan dapur, hutang sana sini, rumah, kereta dan lain - lain lagi. Jadi orang - orang macam ni yang mempunyai emas akan membuat pilihan untuk menjual semua asset emas dia untuk dapatkan cash. Bila keadaan mendesak mereka tidak kesah berapa harga emas yang akan ditolak apa yang mereka fikir adalah cash dapat tepat pada masanya. Kita peminat - peminat emas beli dengan orang - orang yang terdesak dengan harga buyback, harga emas mesti jauh lebih rendah daripada harga jualan disebabkan permintaan emas berkurangan. Beli emas sebanyak yang mungkin dengan orang yang ingin menjual emas.

Apabila ekonomi kembali pulih seperti biasa, ramai yang sudah mendapat pekerjaan dan ramai yang sudah mula menjadikan tabungan emas adalah keperluan, secara tidak langsung harga emas akan naik tinggi mendadak semula disebabkan permintaan terhadap emas terlalu tinggi. Apabila harga emas dah naik tinggi kita jual terus semua emas -  emas yang telah kita beli dengan harga buyback dulu. keuntungan emas anda blh dpt lebih berganda - ganda. 

Jika anda seorang yang berani jom amalkan apa yang telah saya ajarkan ini dan kongsikan pada semua rakan - rakan anda yang berminat tentang emas seramai yang mungkin. Semoga ianya bermanfaat buat anda semua.




berminat nak beli emas dengan harga yang murah atau jual emas dengan harga yang tinggi blh whatsapp personal dengan saya 013-6614780 (iskandar). Kalau ada yang nak jual surat pajak pun blh personal whatsapp dengan saya. terima kasih


#simpananterbaikadalahemas #powergold #publicgold #jualbeliemas #emas999 #emas916  #goldbar #dinar #barangkemas #ekonomimalaysia #emas #saudagarkayaemasenterprise #saudagaremas #dinardirham